Wednesday, 31 October 2012

air yang dicincang tidak akan putus..


Keluarga Ku Syurga Ku..

Ibu Kau Lah Ratu Hatiku...Tiada Penganti diri mu..kau lah segala-galanya..penjaga kami 6 beradik dari tahun 1994 hingga la ke hari ini..Allah lebih sygkan Aruah Abah, abah pulang ke rahmatullah pada 20 januari 1994. hari ni dah 18 tahun abah  pulang ke rahmatullah, semoga roh abah ditempatkan di kalangan orang yang beriman, Al-Fatihah....




Ini lah yg dinamakan air yang di cincang tidak akan putus..siapa lagi yang akan membantu kalau bukan adik beradik kita kan..alhamdulillah syukur sangat pada Allah kerana membantu hambaMu ini dikala kesempitan, walaupun sekadar pinjaman itu amat bermakna..Semoga Allah memurahkan rezeki insan yang membantu saya, biarlah mereka bahagia hingga ke syurga, beri lah mereka kesihatan seperti orang lain..amin..amin..amin...



Ini KakLong & Abg Long, Mereka Di Ijab Kabul kan pada 26  Disember 2009.

ini kakti saya...comel kan..hehe
ini plak kakna n abg fazli..

ini abang saya, baru di tunangkan pada 21.10.12 hari tu..bakal kakak ipar saya namanya sara..

ini saya n suami...




ini adik bongsu saya, sedang belajar di politeknik kuatan, umo  19thn..




CARA MELEMBUTKAN HATI MANUSIA YANG KERAS


Doa Pelembut Hati Menggunakan Cara Zikir dan Alquran



Cara terbaik adalah melembutkan hati-hati mereka adalah dengan zikir dan ayat-ayat Allah S.W.T. dan berdoa semuga Dia melembutkan hati-hati mereka yang keras itu.

Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan peristiwa sejarah Sayyidina Umar al-Khattab r.a, iaitu ayat yang dirampas oleh Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam (ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah Taha)

Di antara bahan-bahan ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah besi tetapi dapat dilembutkan oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada kaitannya dengan Nabi Allah Daud inilah yang digunakan sebagai kombinasi dengan doa pelembut hati.

KAEDAH PERTAMA.

Mengikut aturannya, bacalah:

Pertama : Baca surah Al-Fatihah ayat 1-7.

Maksudnya :

[1Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
[5Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
  
Kedua : Baca Surah al-Hasyr ayat 21

59:21



Maksudnya : "Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya."

Ketiga : Baca Surah Taha ayat 1-5.

Maksudnya :
"Dengan nama Allah. Yang Maha Pemurah , lagi Maha Mengasihani
1.  Thaahaa.
2.  Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah;
3.  Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),
4.  Iaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5.  (Iaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas ‘Arsy."


Kemudian baca doa pelembut hati di bawah

“Allahumma laiyinli qalbahu, laiyinta li Daudal hadid”

“Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi”

Kemudian tiupkan ke air

Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan hati untuk diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum. 


KAEDAH KEDUA

Kaedah dengan cara  zikir dan doa pelembut hati .

Zikir dan Doa Pelembut Hati

Zikir ini elok dia amalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut atau suami yang mahu hati  isterinya menjadi lembut.

Beristighfar sebanyak 3 kali, dan niatkan untuk melembutkan hati suami
Kemudian baca : "Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir "

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekira-kira suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan. (Zikir ini juga boleh diamalkan untuk melembutkan hati anak) .

Selain daripada itu amalkan doa ini:

"Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"


 KAEDAH KETIGA

Zikir dan Doa Pelembut Hati.

Baca Ya Latif, ya Latif sebanyak  7 kali kemudian diikuti dengan membaca Surah Asy-Syura ayat 19. ( baca ayat al-Quran dalam bahasa Arab)

Maksudnya : "Wahai Tuhan yang Maha Pelembut. Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dikehendakinya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa" (Surah Asy-Syuura ayat 19)

Hembus dimuka suami  dan hembusan itu dibawa turun ke hati suami.
Ulangkan sebanyak 3 kali.atau 7 kali. Insya Allah hati suami akan menjadi lembut.


Selain daripada itu amalkan doa ini:

"Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"

(Cara-cara ini boleh digunakan oleh suami kepada isteri dan ibu bapa kepada anak-anaknya)

{Amalkanlah cara-cara ini setiap hari insya Allah akan ada  perubahan dan kesannya.}


 KAEDAH KEEMPAT
Doa Untuk Melembutkan Hati yang Marah

Pada orang yang marah kepada kita, contohnya suami atau rakan, agar lembut hatinya, bacalah dihadapannya Surah an-Nisaa Ayat 84. berulang-ulang (Sila rujuk Al-Quran)

Maksudnya: "Semoga Allah menahan kekuatan orang-orang kafir dan Allah yang lebih kuat dan lebih sangat siksaNya. Ya Tuhan yang Maha Pemelihara dan Maha Pemberi Keselamatan."

KAEDAH KELIMA

Apabila kita marah maka doa untuk mengawal diri daripada sifat marah bacakan doa ini :

"Ya Allah, sejukkanlah hatiku dengan salji dan kesejukan dan air yang sejuk. Ya Allah bersihkanlah hatiku daripada dosa-dosa sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih daripada kekotoran." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Sekiranya isteri ingin menyejukkan hati suami yang marah boleh baca doa diatas dan ubah sedikit :

"Ya Allah, sejukkanlah hati suamiku (fulan bin fulan) dengan salji dan kesejukan dan air yang sejuk. Ya Allah bersihkan hati suamiku (fulan bin fulan) daripada dosa-dosa sebagimana Engkau membersihkan baju yang putih daripada kotoran."

KAEDAH KEENAM

Doa untuk melembutkan hati anak

Doa pelembut hati Surah Asy-Syuura ayat 19'

Maksudnya : "Wahai Tuhan yang Maha Pelembut. Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dikehendakinya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa" (Surah Asy-Syuura ayat 19)
Baca di waktu malam semasa anak sedang tidur.

i. Letakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri

ii. Istighfar 3 x kemudian niatkan dalam hati

Ya Allah lembutkanlah hati anakku

Ya Allah jadikanlah anakku ini anak yang soleh/solehah

iii. Kemudian baca doa di atas (Surah Asy-Syuura ayat 19)

iv. Dah habis baca doa tadi tiup umbun-umbun kepala , muka dan dada anak 3 X
Amalkan doa ini secara istiqamah, insya Allah akan dapat keberkatan dan pertolongan dari Allah . Doa ini juga boleh di amalkan untuk diri sendiri dengan meletakkan tangan kanan di dada kiri dan baca doa di atas.Boleh juga di amalkan oleh isteri atau suami. 
KAEDAH KETUJUH DOA PENGASIH
Kita berdoa semoga kita dikasihi oleh orang-orang yang beriman dan kita mengasihi orang yang beriman,  sebagaimana doa yang diajarkan Nabi S.A.W. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.

"Ya Allah! Limpahkanlah perasaan cinta hamba-Mu ini terhadap diri hamba-Mu yang beriman, limpahkanlah juga perasaan cinta mereka terhadapku."

Suami boleh juga berdoa dengan doa pengasih ini  supaya dia mengasihi dan dikasihi oleh isterinya :
"Ya Allah! Limpahkanlah perasaan cinta hamba-Mu ini terhadap isteriku (Pulan bte Pulan) dan limpahkanlah juga perasaan cinta isteriku (Pulan bte Pulan) terhadap diriku"
(Jika berpoligami sebut isteri-isteriku tak payah sebut nama)

Sahabat yang dimuliakan,
Doa-doa di atas adalah cara dan ikhtiar kita untuk melembutkan hati insan yang dikasihi samaada isteri, suami, anak-anak, ibu bapa, adik beradik, sahabat-sahabat dan sesiapa sahaja dengan niat dan hasrat untuk kebaikan. Semoga hati yang keras dapat dilembutkan dengan izin Allah. Jika sekiranya usaha dan doa telah dilaksanakan hati seseorang itu masih tidak mahu lembut dan tetap keras macam batu maka serahkanlah kepada Allah S.W.T. kerana sesungguhnya hidayah itu adalah hak mutlak Allah S.W.T.

Nabi S.A.W. berdoa supaya Allah S.W.T. memberi hidayah dan melembutkan hati salah satu daripada dua Umar (iaitu Umar al-Khattab dan Umar bin Hisham (Abu Jahal) maka Allah S.W.T. makbulkan doa Nabi S.A.W. dengan diberinya taufik dan hidayah-Nya kepada Umar al-Kahattab.

Oleh itu kita jangan berputus asa jika insan yang dikasihi masih tidak mahu berubah, yang penting kita teruskan berdoa selepas lepas solat, dimalam hari selepas solat tahajjud dan di waktu-waktu mustajab doa semoga dimakbulkan doa dan hajat kita

Kau Yg Tersyg...

Ini lah Hubby Tersayang saya, cintaku hanya untuk mu hingga ke hujung nyawaku..

Hidup X pernah Takde MaSaLaH...

Hidup ni tak boleh lari dari masalah..bila petang2 macam ni ade masalah pening juga..macamana la nak selesaikan masalah aku ni..macam2 cara dah aku ngan hubby usaha kan..harap berjaya lah..aku tahu kesilapan ini semenya dari aku...cian hubby nak kena tanggung juga masalah aku ni..nmpk gayenya aku xleh teruskan hidup begini..hujung tahun 2012 ni byk betul dugaan untuk aku, hubby n keluarga kami..Semoga apa yang berlaku ni seme ada lah hikmah yang baik...


Menurut sebuah riwayat dari al-Imam al-Tirmizi, seorang lelaki bertaraf hamba telah datang berjumpa dengan Syaidina Ali ra meminta agar ditunjukkan jalan membolehkannya hidup merdeka dan bebas. Syaidina Ali memberitahunya jika kamu beramal dan berdoa di atas, engkau akan dapat membayar hutangmu walaupun jika sebesar gunung....

Tuesday, 30 October 2012

Semoga Kami cepat dikurniakan zuriat..amin

Kami telah berkahwin selama 1 tahun 6 bulan..tapi masih belum dkurniakan rezeki zuriat seperti rakan2 yang lain..kadang2 tu rase juga cemburu melihat rakan2 dh ade 2 3 orang anak..tp yerla kesabaran je la pengubatnya...apa yang penting kami telah berusaha untuk mendapatkannya...kami juga akan terus berusaha, berdoa n bertawakkal untuk mendapat zuriat...semoga doa kami dimakbulkan..amin..

Comelkan baby ni, semoga kami dikurniakan zuriat seperti ini, ini anak sedara kakak ipar saya..kebetulan kami beraya di rumah dia masa raya puasa itu hari..kami pun xlepaskan peluang untuk bergambar dengan si kembar yg comel ni...mane la tau kan dapat rezeki anak kembo jugak..amin...


Sukanya si comel ni bersama uncle yoe dia...




comel kan mereka...GERAM tul tgk...

Adik & Abang


semoga akan bergelar ayah suatu hari nanti..amin..




Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa. (ali-‘Imran: 38).

Keterangan ayat:
Al-Imam al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah Allah memberikan Mariam a.s. buah-buahan pada bukan musimnya.

Maka baginda meyakini bahawa Allah berkuasa mengurniakan anak kepadanya. Tambahan pula baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun.

Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak. (Tafsir al-Samarqandi, tafsir ayat 38, surah ali-‘Imran)

Khasiat dan kaifiat beramal:

Melihat ayat ini secara positif dan berbaik sangka dengan Allah SWT, digalakkan pasangan yang belum beroleh zuriat agar berdoa dengannya. Juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah Allah yang hebat itu.InsyaALLAH...amin...


suami cium isteri & isteri cium suami..InSyaAllah akan Bahagia..


1. Fadhilat mencium suami.

Bila isteri salam dan cium tangan suami, maka gugurlah dosa-dosa kecil si isteri. Restu seorang suami tu penting dalam rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dapat pahala. Suami pun mendapat pahala juga kalau dia kucup dahi isteri.
"Tiap kali hubby nk pg keje, mesti salam hubby cium tangan hubby, & hubby akan cium tangan saya juga, seterusnya saya akan cium hubby kiri & kanan pipi.." itu dah jadi amalan harian kami...Alhamdulillah..kalau hubby nk pg outstation tu tambah ckit je ciuman di bibir..hehe" (nk tinggal lame la katekan)..
Ramai isteri yang tidak pasti waktu dan ketika bila mereka harus mencium suaminya. Sebenarnya bagi seorang suami, jika mereka sudah di biasakan dicium oleh isteri mereka tidak kira bila-bila masa pun… mereka cukup menghargainya. Dengan cara inilah hati dan jiwa mereka akan tertutup dengan godaan dari luar.

Sebab itulah ramai wanita yang memujuk rayu suami mereka supaya berhenti menghisap rokok. Jika suami mahukan nafas yang segar dari isterinya ketika dicium, maka perkara yang sama juga dimahukan oleh isteri mereka. Lagipun, Islam tidak menggalakkan sesiapa sahaja menghisap rokok.
 "Allhamdulillah suami saya sudah berhenti merokok sebulan sebelum kami ditunangkan.. :) "
Kenyataanya, apa yang berlaku hari ini ialah isteri hanya akan mencium suami bila suami hendak berjalan jauh/outstation/kerja di luar kawasan. Itu tidak cukup untuk menyemai benih sayang pada suami. Jika anda sebagai isteri terlalu sombong untuk mencium suami sendiri, jangan terperanjat pula nanti kalau suami anda rasa lebih di sayangi oleh wanita lain di luar sana. Jadi selalulah belai suami dengan ciuman dan juga pelukan.
"Allhamdulillah saya akan cium hubby saya bila saya rase nk cium..kadang2 tu hubby tengah bawa kereta pun saya akan minta nk cium pipi hubby saya..bila dia tgh tgk tv pun saya cium dia..kadang tu dia marah sb terkejut..hihi"
Semua ini akan menambah rasa kasih. Hati yang panas juga boleh jadi sejuk. Boleh di praktik oleh si isteri apabila dia atau suaminya hendak pergi kerja dan balik kerja. Selepas solat dan ketika hendak tidur juga bagus di amalkan. Hikmahnya, redha suami akan sentiasa bersama isterinya.
Satu lagi perkara yang ramai isteri tidak sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit sahaja isteri yang tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami + dalam dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.
Benar.
Jika isteri sudah wangi sebelum tidur dengan rambutnya yang beraroma segar, suami pasti akan mencium rambutnya, dahinya dan juga pipinya. Bila ini berlaku, isteri juga akan mencium suaminya. Bukankah itu dapat menghalang suami dari mencari aroma baru di luar rumah?????
" alhamdulillah..yang ini memang berlaku di antara kami, tiap2 kali baring di sebelah hubby mesti saya berbantalkan lengan hubby saya & hubby akan peluk saya..waktu itu juga hubby akan selalu kucup dahi saya...wah!! bahagianya rase hidup ini..."

2. Fadhilat mencium isteri.

Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sebagai satu perkara yang baik, bahkan dapat memberikan pahala kepada suami.
"alhamdulillah..Hubby dpt pahala..."
Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yang gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dengan keriangan. Dilihat kepada Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW dikala bersama Isteri.
Tindakan Nabi itu tidak pernah diabaikan, hatta dalam bulan ramadhan sekalipun. Aisyah R.Ha ada meriwayatkan hadis:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُ فِي رَمَضَانَ وَهُوَ صَائِمٌ
Maksudnya;

“Rasulullah SAW sentiasa mencium aku dalam bulan Ramadhan, ketika itu Baginda SAW sedang berpuasa”
Hadis ini amat nyata lagi jelas, Nabi SAW tetap juga memberikan kasih sayang baginda kepada isteri tanpa mengira waktu.
Suami pula harus sedar yang dirinya juga harus berada dalam keadaan yang selesa dan wangi setiap kali hendak mencium isteri. Tabiat suka mencium isteri janganlah di pandang ringan, kerana Nabi juga mengamalkannya.
Mengapa?
Kerana cium itu tandanya sayang. Tapi kalau seorang isteri terlalu ego dan tidak membenarkan suaminya sendiri menciumnya… juga jangan terperanjat kalau suami masing-masing melepaskan rasa kasih sayang terhadap wanita lain yang lebih menghargai kasih sayang suaminya itu.
Hendak mencari lelaki yang pemarah memang ramai di luar sana, tapi hendak mencari lelaki penyayang… mungkin 1 dalam 100. Dengan keadaan lelaki yang semakin sedikit bilangannya di dunia ini… cubalah bayangkan.
Jadi jika anda sudah berkahwin dan memiliki suami yang suka mencium anda dan anak-anak anda, syukur alhamdulillah. Jika anda belum berkahwin TETAPI MENYEDARI bakal suami anda itu suka mencium orang yang mereka kasihi, tahniah dan bersyukurlah kepada Tuhan kerana anda bakal dikurniakan suami yang penyayang. Logiknya tanyalah pada diri sendiri… adakah anda ingin suami anda mencium anda ataupun perempuan lain di luar sana?????
Untuk para suami pula, jika anda adalah tergolong dalam suami yang rajin mencium isteri, syabas diucapkan. Memang harus anda berbuat begitu kerana rasa sayang pada isteri anda akan bertambah dari hari ke sehari.
Bayangkan setiap hari anda mencium isteri anda… sebelum kerja, anda menciumnya… pulang kerja pun anda menciumnya. Malah sewaktu isteri anda memasak di dapur pun, anda rangkul isteri anda dari belakang lalu menciumnya serta berkata… “saya sayang awak… dan terima kasih kerana menyediakan masakan untuk hari ini”
Di situlah datangnya bahagia ~~~
Kesimpulan:
Seeloknya amalkanlah budaya mencium ini ketika baru berkahwin/mendirikan rumahtangga. Kerana jika tidak di amalkan sekarang, agak kekok pula bila dah beranak-pinak nanti.
p/s: rugilah bagi mereka yang sudah berkahwin, tetapi rasa malu untuk mencium anak, suami…. juga isterinya sendiri….

AkhirNya Kau MilikKu..


Tanggal 29 April 2011 Aku Telah pun bergelar isteri yang sah kepada Mohd Nazarul bin Jusoh. Tidak Pernah Ku SanGka DoaKU suatu ketika Dulu DimakBulkan Allah S.W.T. supaya aku dijodohkan dengan  CinTa PertaMaku iaitu Mohd Nazarul Bin Jusoh...Alhamdulillah kami sekarang bahagia menjalani kehidupan sebagai suami isteri..